Friday, March 16, 2012

♥ Jelajah Sabah - Dragon Inn, Semporna - ♥

Misi jelajah Sabah kali nie ialah Semporna... Jarak dari Tawau ke Semporna ialah lebih kurang 105km... 

Pekan Semporna ialah sebah pekan kecil tetapi mempunyai pelbagai kemudahan seperti bank, KFC, klinik, hotel dan macam-macam lagi...

Lokasi pertama kami di Semporna ialah Dragon Inn Floating...


Selamat Datang ke Dragon Inn, Semporna...
Apa yang menarik di sini? Hurm... Dragon Inn Floating nie sebenarnya ialah sebuah hotel yang terapung di atas laut... Pemandangan kat sini pun cantik juga... Berapa charge hotel??? hihihi... Google sendiri eik kawan2... 

Ok.. Jom kita lihat pics yang sempat kami snap...


Bergambar di hadapan pintu gerbang di Dragon Inn Floating...

Cuba anda lihat Pic 1... Menarikkan... Menggunakan cengkerang tuk menghasilkan sinki...  Leh try wat kat umah nanti nie...hihihi

Nie pula panorama yang akan anda saksikan sepanjang perjalanan ke Dragon Inn Floating...

Di Dragon Inn Floating nie ada kemudahan penginapan dan restoren...

Antara rakan-rakan yang join misi jelajah Sabah kami nie....

Nampak ngan jelaskan ikan2 tue... Serius memang jernih air laut di sini....

Antara kehidupan laut yang sempat kami snap...

Kepada rakan-rakan, jom terjah Semporna... Semporna nie ada banyak pulau2 yang cantik tau..Antaranya ialah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon
 Tawau.
Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau yang berasal dari Selatan , Barat Laut dan Вarat Ďaya di kepulauan Filipina.
Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Вajau iaitu tarian Іgal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini
Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

No comments:

Post a Comment