Air Terjun Madai, Kunak... |
Dalam entry yang sebelum nie, aku ada cite tentang Gua Madai kan.. Kali nie aku nak cite pengalaman aku di Air Terjun Madai...
Air Terjun Madai nie tinggi nyew 40 meter dan berada di Hutan Simpan Madai Baturong... Lokasi nyew pula lebih kurang 10km dari Pekan Kunak..
Tuk pengetahuan korang, air terjun Madai nie merupakan yang tertinggi diantara air terjun pusat rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah. Ianya terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 3,436 hektar...
Kat sini korang boleh cuba "canopy walk" sepanjang 119 meter & setinggi 40 meter nerentasi sungai.. Difahamkan juga kalo korang berjalan 45 minit dari pusat rekreasi nie, korang berpeluang melawat gua purba di mana ada kesan pendudukan manusia lampau... Antaranya ialah kubur dan keranda lama... Tapi aku dan suami tak berkesempatan pun nak terjah gua tue... Rugi nyew rasa...
Kawasan nie sangat cantik & penuh dengan kehijauan alam semulajadi... Jatuh cinta aku dibuatnyew... Tapi kita x leh mandi kat air terjun nie... huhuhu...
Nampak tue... Siap ada papan tanda amaran x bagi mandi... |
Aku & suami berkesempatan tuk cuba berjalan di atas titi gantung... Gayat gak... Sebab terlalu tinggi... Bawah tue sungai... |
Posing jangan x posing...hiihih.. |
My turn lak nak posing...hihihi |
No comments:
Post a Comment