Thursday, March 29, 2012

♥ kelas anak didik ku -GURU KELAS- ♥

Dulu ingatkan jadi GURU nie mudah.. Budak cuti, guru pun cuti... Sabtu & Ahad mesti ada masa tuk berehat...

Rupa-rupanya bebanan guru nie sangat berat.. Lagi ringan kerja menjadi Akauntan berbanding menjadi GURU...

Apa pun aku yang memilih jalan nie... So, kene hadapi dengan cekal..

Ini baru permulaan.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusanku... 

Semoga aku tabah & cekal mengharungi liku-liku & cabaran dalam arena PERGURUAN ini...

Langkah permulaan sebagai GURU KELAS ialah MEMASTIKAN KELAS BERADA DALAM LANDASAN 5S.

Alhamdulillah, inilah hasilnya... Masih memerlukan penambahbaikkan... 

PRESTASI : BAIK...
InsyaAllah, selepas AUDIT 5hb April 2012 nanti mau kasi gilap lagi kelas nie... 


Papan Kenyataan & Sudut 5S...

Sudut Nilam & Sudut Bacaan... Aik mana g buku-buku yang digantung nie...

Persekitaran kelas... 

Sudut Mata Pelajaran... Masih perlu diperbaiki...

Ruang R&R... Hasil kerja aku sendiri...

Dam Ulaq...

Jutaria...

Meja & kerusi dibalut & berlabel serta ada parkir nyew...

Meja Guru : Berbalut, ada pasu bnga & balang ikan....

Saturday, March 24, 2012

♥ Saya sangat merindui mereka... ♥

Bukan mudah hidup seorang diri di negeri orang nie... Macam2 dugaan kene hadapi..Kene berani & cekal hadapi apa jua dugaan... 

Kadang-kadang rasa putus asa tetapi kembali tabah sebab aku tahu suami & keluarga mesti mengharapkan yang terbaik dari aku...

Tidak boleh terlalu bergantung harap pada orang lain... Kene blajar berdikari...

Kalo dulu sakit, ada suami jaga... Kalo takut g tandas ada suami temankan...Kalo nak bayar bil ada suami tolong bayarkan... Kalo nak makan suami ada bersama...Kalo nak g keje suami hantarkan...Kalo stress ada suami tolong gembirakan hati... Kalo sedih & menangis ada suami disisi menghulurkan bahu & pelukan...

Kini aku merasa perasaan rakan2 yang terpaksa berjauhan dari insan2 tersayang terutama SUAMI... Seksa nyew rasa...

Suamiku, aku amat merindui dirimu... Mak & abah, yong rindui kalian juga... ;(

Setiap hari akan memandang white board nie... 

Sangat merindui suami, ayahanda & bonda...

Saturday, March 17, 2012

♥ Ujian dari Allah... ♥

Tanggal 17 Mac 2012, jam 6.00 ptg... 

Aku dapat call dri abah & mak bagi tau rumah aku & suami di semenanjung dipecah masuk... 

Ya Allah... Abis semua wiring si pencuri ambil... Tombol pintu pun diaorg ambik... 

Rumah dah pasang grill pun si pencuri masih boleh masuk... 
Rupa-rupa nyew diaorg panjat masuk ikut syiling rumah...

Rasa hati nie amat sedih & pilu... Beribu berabis kat umah tue... Dah ler x sempat nak duduk umah tue... 

En. Husband kata dugaan allah nk beri..aku terima ngan redha..pada yg berkenaan..aku doakan korang selamat dunia n akhirat.."

Betul kata hubby... Kita redha jew ler... Benda nak jadi... Harap Allah buka pintu hati si Pencuri untuk bertaubat & pulang ke pangkal jalan... 

Si pencuri masuk ikut laluan nie...


Antara kerosakan yang kami alami...

Friday, March 16, 2012

♥ Jelajah Sabah - Kampung Tampi-tampi, Semporna - ♥

Korang pernah menonton filem DUYUNG?... Kalo pernah menonton filem tersebut mesti tahu di mana lokasi pengambaran filem tue kan... Yeah.. Kampung Tampi-tampi... 

Kali nie kami berkesempatan menerjah destinasi nie selepas puas berjalan-jalan di Dragon Inn Floating dan sekitar pekan Semporna...

Tuk pengetahuan korang, laut di sini tiada pantai... Jadi jangan harap ler korang nak main pasir kat sini eik... Sampai2 jew terus nampak air laut...hihihi

Jom kita lihat pics yang kami snap tuk tatapan korang sume...

Pintu Gerbang Semporna Holiday Resort...

Pic 1 & 2 : Lokasi pengambaran filem DUYUNG... Yang Maya Karin berenang2 tue...hihihi
Pic 3 : Resort... Cantik kawasan resort nie..
Pic 4 : Permandangan sekitar resort...

Duyung!!!! Ehh.. Bukan2... Nie my husband ler... Air sangat jernih... Best mandi di sini...

Bagi korang yang suka aktiviti terjun2 nie, leh try benda alah nie... Cam yang hubby aku wat nie... Perghhhh....

Masa untuk kami pulang... InsyaAllah, akan ke sini lagi...

♥ Jelajah Sabah - Dragon Inn, Semporna - ♥

Misi jelajah Sabah kali nie ialah Semporna... Jarak dari Tawau ke Semporna ialah lebih kurang 105km... 

Pekan Semporna ialah sebah pekan kecil tetapi mempunyai pelbagai kemudahan seperti bank, KFC, klinik, hotel dan macam-macam lagi...

Lokasi pertama kami di Semporna ialah Dragon Inn Floating...


Selamat Datang ke Dragon Inn, Semporna...
Apa yang menarik di sini? Hurm... Dragon Inn Floating nie sebenarnya ialah sebuah hotel yang terapung di atas laut... Pemandangan kat sini pun cantik juga... Berapa charge hotel??? hihihi... Google sendiri eik kawan2... 

Ok.. Jom kita lihat pics yang sempat kami snap...


Bergambar di hadapan pintu gerbang di Dragon Inn Floating...

Cuba anda lihat Pic 1... Menarikkan... Menggunakan cengkerang tuk menghasilkan sinki...  Leh try wat kat umah nanti nie...hihihi

Nie pula panorama yang akan anda saksikan sepanjang perjalanan ke Dragon Inn Floating...

Di Dragon Inn Floating nie ada kemudahan penginapan dan restoren...

Antara rakan-rakan yang join misi jelajah Sabah kami nie....

Nampak ngan jelaskan ikan2 tue... Serius memang jernih air laut di sini....

Antara kehidupan laut yang sempat kami snap...

Kepada rakan-rakan, jom terjah Semporna... Semporna nie ada banyak pulau2 yang cantik tau..Antaranya ialah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon
 Tawau.
Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau yang berasal dari Selatan , Barat Laut dan Вarat Ďaya di kepulauan Filipina.
Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Вajau iaitu tarian Іgal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini
Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

♥ Jelajah Sabah - Inderasabah - ♥

Kampung Inderasabah nie lokasi nyew agak terpencil... Tetapi keindahan alam nyew Masya Allah, sungguh cantik... Aku dan suami berkesempatan untuk pergi ke sini tambah2 suami ada kawan yang berasal dari sini... 

Sampai jew ke sini hati dah jatuh cinta.... Ditakdirkan pula time tue air laut ngah surut.. Jadi kami boleh berjalan di sekitar kawasan pantai...

Difahamkan kaki-kaki pancing sangat suka datang ke sini... Terdapat pelbagai spesis hidupan laut... Ketika kami di sini kami berpeluang melihat penduduk kampung menangkap ikan & ketam...

Menurut kata rakan husband nie, air laut nie bertemu dengan air sungai... Wahhh... Menarik nie... Bila air laut surut kita siap boleh berjalan ke tengah laut... Perghhh... Macam best jew bunyi nyew tue kan... Tapi kami x berpeluang tuk merasai nyew... InsyaAllah, mungkin lain hari...

Selamat Datang ke Kampung Inderasabah...


Keindahan pantai Inderasabah...


Panorama ketika air surut...


Posing jangan tak posing...hihihi

♥ Jelajah Sabah - Air Terjun Madai - ♥

Air Terjun Madai, Kunak...
Dalam entry yang sebelum nie, aku ada cite tentang Gua Madai kan.. Kali nie aku nak cite pengalaman aku di Air Terjun Madai...

Air Terjun Madai nie tinggi nyew 40 meter dan berada di Hutan Simpan Madai Baturong... Lokasi nyew pula lebih kurang 10km dari Pekan Kunak..

Tuk pengetahuan korang, air terjun Madai nie merupakan yang tertinggi diantara air terjun pusat rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah. Ianya terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 3,436 hektar...

Kat sini korang boleh cuba "canopy walk" sepanjang 119 meter & setinggi 40 meter nerentasi sungai.. Difahamkan juga kalo korang berjalan 45 minit dari pusat rekreasi nie, korang berpeluang melawat gua purba di mana ada kesan pendudukan manusia lampau... Antaranya ialah kubur dan keranda lama... Tapi aku dan suami tak berkesempatan pun nak terjah gua tue... Rugi nyew rasa...

Kawasan nie sangat cantik & penuh dengan kehijauan alam semulajadi... Jatuh cinta aku dibuatnyew... Tapi kita x leh mandi kat air terjun nie... huhuhu...


Nampak tue... Siap ada papan tanda amaran  x bagi mandi...


Aku & suami berkesempatan tuk cuba berjalan di atas titi gantung... Gayat gak... Sebab terlalu tinggi... Bawah tue sungai...

Posing jangan x posing...hiihih..

My turn lak nak posing...hihihi

♥ Jelajah Sabah - Gua Madai ♥

Peta ke Gua Madai..


Gua Madai nie terletak kira-kira 81km dari Tawau... Ianya berada di daerah Kunak... Difahamkan Gua Madai nie merupakan antara lokasi terkenal yang mengeluarkan sarang burung... Nak masuk ke gua nie kene bayar RM10...

Sebenarnya aku & suami tak budget pun nak menerokai gua nie... Tapi alang2 dah sampai tue kan terjah jew la... Bagi anda yang nak datang ke sini pastikan anda memakai pakaian & kasut yang sesuai... Jangan lupa bawa air juga...

Aku ngn suami nie langsung x prepare apa2.. Bayangkanlah kami mendaki bukit & masuk ke dalam gua pun pakai pakaian & kasut yang tidak sesuai... Jangan tiru sikap kami nie..hihihi
 ..

Anda perlu melalui kawasan perumahan penduduk sekitar Gua Madai...

Anda perlu mendaki anak tangga yang curam & licin sebelum sampai ke Gua Madai...



Gambar 1 & 4 : Permandangan Gua Madai..
Gambar 2 & 3 : Permandangan di dalam Gua Madai..

Sebenarnya aku agak takut gak masuk gua nie...hihihi..


Alhamdulillah.. Misi menerjah Gua Madai berjaya...
 Baiklah, jom kita baca sedikit mitos tentang Gua Madai nie...
Gua Madai ini merupakan hadiah daripada payau emas kepada seorang pemburu yang memburu hati payau untuk memenuhi kehendak isterinya yang mengidamkannya. Menurut ceritanya, si pemburu ini bukanlah orang kebanyakan tetapi seorang Raja yang mempunyai kerajaan di atas Bukit Sejuk yang istananya diperbuat dari kayu belian. Beliau keluar memburu 7 hari 7 malam lamanya sebelum berjaya menangkap payau emas.
Sebelum menyembelih payau tersebut, tiba-tiba payau emas itu berkata-kata dengan merayu agar dia dilepaskan. Sebagai ganjarannya, payau emas itu akan memberi harta yang tidak akan habis turun temurun. Harta yang dimaksudkan itu adalah sarang burung yang berada di gua sekitar Kunak termasuk Gua Madai dan sehingga ke hari ini telah dinikmati hasilnya berpuluh keturunan.

♥ Jelajah Sabah - Telaga Tujuh, Kunak - ♥

Panorama di Telaga Tujuh...
Alhamdulillah, kali ini aku nak share story tentang Telaga Tujuh... Langkawi??? Bukan ler... Tetapi Telaga Tujuh di Kunak... Lokasinya ialah 4KM dari Pekan Kunak...

Ketika kami sampai di sini airnya cetek dek kerana cuaca yang panas.. Nak sampai ke sini memang agak payah jugak nak mencari sbb tiada papan tanda disediakan... Nasib baiklah dah siap2 google sblm terjah kan... 

Disimpang masuk anda akan ternampak kubur2 lama... Jangan terkejut pula eik... Kemudian akan melalui kawasan rumah kampung... Aku tak pasti pula ler kaum apa yang tinggal di sini... Last skali kene masuk ke kawasan ladang kelapa sawit dan melalui jalan tanah yang agak mencabar gak la...Then baru ler jumpe TELAGA TUJUH nie....

Sebenarnya ada mitos tentang Telaga Tujuh nie... Jom kita baca sedikit mitos yang aku search dlm google...

Mitos Telaga Tujuh yang merangkai hati generasi tua di kampung berdekatan Sungai Atas, Kunak, antara lain mengisahkan tujuh orang puteri jelita dari kayangan turun bermandi manda di Sungai Permanis Dara (Sungai Atas) untuk mengekalkan kejelitaan mereka.Ketujuh puteri jelita tersebut adalah puteri kesayangan Maharaja Awan Gemawan yang memerintah cakerawala. Mereka akan turun bersiram di bumi setiap kali bulan purnama penuh.

Menurut cerita orang tua-tua, tujuh buah perigi tersebut terletak di atas cerun yang tinggi dan digali oleh seorang Bota (raksasa) atas arahan Maharaja Awan Gemawan. Bota tersebut dikhabarkan setinggi Gunung Kinabalu kembali semula ke kayangan selepas membina tujuh buah perigi di permukaan batu pejal Sungai Permanis Dara dengan menaiki burung Jentayu yang sayapnya merentasi tiga benua.

Pada satu malam, ketika bulan purnama penuh, ketujuh-tujuh puteri jelita turun untuk bermandi-manda. Ketika puteri sulung, Kencana Jingga, adik-adiknya Purnama Baiduri, Pesona Rimba, Puspa Segara, Ma-nis Muka, Nilam Gurauan dan Kesuma Madukara sedang girang usik mengusik menyimbah air daripada telaga atau kolam masing-masing tanpa seurat benang membalut tubuh.

Di sebalik kegirangan yang tidak bertepi, sepasang mata nakal sedang meratah tubuh gebu mereka dengan penuh berahi. Seorang anak raja daripada Alam Buana, Badang Perkasa, segera menerpa untuk mengambil pakaian ketujuh puteri jelita tersebut yang tersangkut di dahan pohon Lembayung Senja dengan harapan mereka tidak boleh kembali ke langit ketujuh lagi.Badang Perkasa terlalu ingin untuk memiliki ketujuh puteri tersebut yang separas rupa, walaupun pada hakikatnya telah mempunyai lima isteri yang rupawan, seorang daripadanya Puteri Lindungan Bulan yang berasal dari Kayangan Ketiga.

Badang Perkasa, anak kepada Lang Rimba, yang suka berburu merentasi rimba raya gemar menelan buah mata kucing bersama bijinya. Buah mata kucing tersebut sering dihadiahkan oleh Maharaja China kepada ayahandanya yang memerintah Alam Buana.Kegelojohan Badang Perkasa yang dirantai nafsu jantan yang bergejolak tanpa tertahan telah mencelakakan dirinya. Sebaik sahaja Badang Perkasa menyentuh pakaian ketujuh puteri kayangan itu, pakaian tersebut terbakar dan tubuh Badang Perkasa yang gagah turut disambar api dan kemudian satu letupan kuat kedengaran membunuh kegirangan yang bercanda. Tubuh Badang Perkasa berkecai dan biji mata kucing yang ditelannya bertebaran di tebing Sungai Permanis Dara.


Ketujuh puteri jelita begitu takut dan bimbang kerana tanpa pakaian khas itu, Sutera Angkasa, mereka tidak mungkin kembali lagi ke kayangan ketujuh, tempat bersemayamnya Maharaja Awan Gemawan.

Puteri bungsu, Kesuma Madukara yang belum pernah berpisah terlalu lama dengan bondanya, Kirana Tantamala, menangis teresak-esak. Kegirangan mereka bermandi-manda direnggut oleh bunyi letupan yang amat kuat.

Kesemua mereka berkumpul di kolam Kencana Jingga yang besar sehingga kesejukan dan menggigil. Mereka berpelukan di antara satu sama lain bagi menghangatkan tubuh. Hendak naik ke darat takut ternampak oleh orang.

Maharaja Awan Gemawan yang sedang terlena di buaian masa terkejut oleh letupan tersebut telah mengarahkan seorang bota kepercayaannya untuk turun ke bumi melihat keadaan ketujuh-tujuh puterinya. Alangkah terkejutnya bota kerana ke semua puteri tidak mempunyai sebarang pakaian yang membalut tubuh dan selendang Sutera Angkasa yang turut dilahirkan bersama mereka telah hangus terbakar. Bota meninggalkan selubung Bayu Samudera bagi membolehkan ketujuh puteri tersebut menjadi halimunan (agar tidak kelihatan) sementara beliau kembali ke kayangan memberitahu Maharaja Awan Gemawan.

Maharaja Awan Gemawan dan Permaisuri Kirana Tantamala merasa tersangat sugul dan berduka nestapa kerana terpaksa berpisah dengan ketujuh puteri mereka buat selamanya.

Sumpah ahli sihir yang selama ini menghantui hidup Kirana Tantama-la akhirnya terjadi juga. Peristiwa tersebut sengaja dirancang oleh ahli sihir, Dewana Dejayengge, dengan menabur debu Asmara Pancatirana ke selendang tujuh puteri. Apabila selendang tersebut tersentuh oleh lelaki ia akan terbakar dan lelaki yang menyentuhnya akan berkecai bersama selendang Sutera Angkasa. Bagi memastikan keselamatan ketujuh puterinya di Sungai Permanis Dara,Maharaja Awan Gemawan mengarahkan seorang bota bernama Buragas untuk menjadi pengawal.Buragas telah dikasi (vasectomy dan dibuang kemaluannya) agar tidak lagi mempunyai nafsu terhadap wanita. Pakaian sutera yang dikirimkan oleh Permaisuri Kirana Tantamala untuk dipakai oleh ketujuh puterinya umpama rumah kepada mereka.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan menjangkau tahun. Tahun berganti dekad. Maharaja Awan Gemawan dan Permaisuri Kirana Tantamala telah mangkat. Ketujuh-tujuh puteri semakin jelita, namun terpaksa tinggal di dunia dengan ditemani Buragas. Pohon mata kucing (daripada biji yang ditelan oleh Badang Perkasa) tumbuh berceracak di tebing Sungai Permanis Dara. Sejak daripada itu, kawasan Sungai Permanis Dara dikunjungi oleh para penduduk kampung sekitar yang mencari rotan dan menyusuri jeram Sungai Permanis Dara. Mengikut cerita lisan orang tua-tua, kononnya beberapa orang tertentu yang bernasib baik  akan dapat melihat ketujuh puteri kayangan itu bermandi-manda di dalam kolam tanpa dibaluti walau oleh seurat benang.

Tetapi bagi lelaki bertuah yang dapat melihat ketujuh puteri tersebut tidak boleh menceritakan kepada orang lain. Diceritakan beberapa insiden tragis berlaku apabila lelaki yang melihat ketujuh puteri sedang bermandi manda didapati terbakar tubuh badannya seperti terkena api apabila dia menceritakan kisah tersebut kepada adik lelakinya. Manakala adiknya turut mati ditimpa kayu setelah menyampaikan cerita tersebut kepada rakannya. Beberapa orang penduduk yang sering mendatangi Sungai Permanis Dara (Sungai Atas) untuk mengambil buah mata kucing sering terdengar pelbagai bunyi aneh dan ada kalanya seperti bunyi orang menangis.

Beberapa pemuda menceritakan pernah terdengar paluan gong bersilih ganti dengan tawa ria dan deburan air seperti ketujuh puteri tersebut sedang bersiram. Bagaimanapun kisah Buragas lenyap begitu sahaja melainkan kesan tapak kaki Buragas masih terdapat di atas batu yang ditenggelami air sungai. Namun kelihatan jelas pada waktu kemarau.

Kesan tapak kaki Buragas selebar satu meter dan sepanjang dua se-tengah meter hanya boleh dilihat oleh orang tertentu terutama oleh pemuda yang masih suci dan sesiapa sahaja yang berjaya sampai ke hulu sungai tempat Buragas beradu.

Kawasan Telaga Tujuh sering dikunjungi oleh mereka yang bernazar untuk mendapatkan sesuatu hajat dan membawa pulang air sungai daripada ketujuh-tujuh kolam tersebut. Setelah bermalam selama tiga hari di tebing sungai tersebut, jika mendapat mimpi yang baik akan menemui ketujuh puteri dan jika tidak bernasib baik akan dikacau oleh makhluk halus dan kehilangan enam pemuda masih menjadi misteri sehingga ke hari ini, bermakna puteri bungsu, Kesuma Madukara masih belum bersuami dan tidak hairanlah masih ramai pemuda yang mencuba nasib untuk bermalam agar dipinang oleh puteri bungsu tersebut dan hidup di alam bunian.

Telaga besar masih menyimpan misteri yang belum terungkap. Ada orang tua-tua yang beranggapan bahawa telaga paling dalam dan besar tersebut mempunyai gua di bawah air yang tidak pernah kering dan merupakan tempat persembunyian ketujuh puteri dan mungkin bersama enam pemuda yang hilang itu. Ramai anak muda tidak berani menyelam di telaga tersebut untuk menerokai gua bawah air yang masih menjadi tandatanya. Ianya telaga kecil yang sering menjadi sasaran untuk anak-anak muda bermandi manda terutama di hujung minggu.



♥ Jelajah Sabah - Taman Bukit Tawau - ♥

Taman Bukit Tawau...

Misi jelajah Sabah kali ini ialah Taman Bukit Tawau.. Apa yang menarik di sini?

Anda boleh bermandi-manda sama ada air dari bukit mahupun kolam panas, menerokai hutan yang mempunyai pelbagai flora & fauna yang begitu indah, jungle tracking, dan pelbagai lagi aktiviti...



Bagi aku & rakan2 kami hanya melakukan aktiviti mandi-manda dan BBQ sahaja... Memang best la saat2 nie... Udara sangat segar... Telinga nie asyik mendengar alunan suara kehidupan alam ini... Merdu sangat... Air pula sangat sejuk... Bersih... 

BBQ bersama-sama keluarga rakan2 husband..

Panorama ketika hari hujan...


Thursday, March 15, 2012

♥ Terjah Old Town White Coffee Kubota, Tawau... ♥

Me & my beloved husband..

Nie la menu yang my hubby belanja... Sedap nyew...hihihi
Aishhh... Tekak nie teringin nak makan LAKSA... Tapi kat mana nak cari kat Tawau nie kan... Nak masak sendiri memang xder kesempatan... Terlalu sibuk ngn kerja... Aku pun cite la kat hubby... Akhirnya hubby bawa g makan Asam Laksa kat OldTown White Coffee Kubota, Tawau... Horeyyy!!!!

♥ Minggu pertama di Tawau, Sabah... ♥

Tanggal 28 Nov. 2011 buat pertama kalinya aku meninggalkan keluarga tercinta dan merantau jauh ke Tawau, Sabah mengikuti suami tercinta yang berkhidmat disana... 

Perasaan susah nak digambarkan... Macam2 rasa ada... Sedih sbb terpaksa berjauhan dengan family... Gembira sebab dapat membina kehidupan sendiri bersama suami tercinta... 

Nie juga merupakan pengalaman pertama aku merantau jauh ke seberang laut & 1st time naik flight... Gerun rasa nyew...  

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang... Perasaan sgt teruja tetapi sedikit gayat... hihihi... Best sbb naik MAS... Malam pertama di Tawau terus ajak husband g GIANT...
Inilah rumah & syurgaku di Tawau... Rumah yg selesa dan berada dalam persekitaran yang bersih serta selamat...

Sedikit permandangan persekitaran rumah....

Keesokan harinya, husband bawa aku jenjalan di HIGHWAY... Laut di sini tiada pantai... Jadi tiada la pasir tuk bermain... Dari sini kita boleh lihat betapa indahnya alam ciptaan Allah... Ada satu perkampungan ICEBOX (perkampungan atas air) di sini... Unik...
Aku & husband di bumi Sabah... Semoga ianya yang terbaik buat kami berdua... Amin

Inilah antara pics yang sempat aku snap sepanjang minggu pertama di Tawau nie... Apa pun misi jelajah Sabah masih perlu diteruskan... Chaiyuk2!!!